Saturday, December 11, 2010

Perjalanan ke Bangkok

Salam,
Lama dah saya tak masuk ke blog ni, bukan sebab apa, penyakit malas tu kadang-kadang datang bertandang. Cuma kali ni rasa nak menjengah ke blog amat kuat, membaca artikel dari Pahangdaily amat mengujakan, banyak berita terkini yang diperolehi. Terima kasih krew Pahangdaily.
Saya sebenarnya nak berkongsi pengalaman bercuti ke Thailand 5-9 Dec 2010 baru-baru ni. Negara jiran yang paling dekat dan bersebelahan negara kita, semakin ke selatan negara gajah putih itu, semakin dekat baunya dengan adat budaya dan bahasa negara kita. Semakin ke utara semakin terasa jauhnya beza bahasa dan bangsanya. Saya memilih untuk memulakan perjalanan ala orang Eropah kali ini. Biasanya saya ke luar negara menggunakan kapal terbang, tapi kali ini saya memilih untuk menggunakan pengangkutan darat. Ini adalah kunjungan kali kedua saya ke Thailand, kali pertama pada bulan Mac lepas.

5 Dec 2010 Ahad
Bermula dari Klang Central, Selangor jam 10.00 malam saya dan teman baik saya Zi, bertolak ke utara menggunakan bas Shira dari syarikat Inter Top Tour ke Hadyai. Dua orang pemandu yang ramah dan melayan kami dengan mesra. Perjalanan lancar dan kondisi bas yang selesa serta penyaman udara yang dingin membuatkan mata saya cepat saja nak pejam,apa lagi saya pun tidur. Sedar-sedar jam 2.30 pagi di R & R Taiping, saya dan Zi sempat memesan kopi panas.
Perjalanan diteruskan dan tidur saya pun bersambung semula.
Jam 4.30 pagi bas yang dinaiki tiba di Changlun, pemandu kedua meminta semua pasport untuk dicatatkan dokumen perjalanan oleh penulis khas yang ada di situ. Sementara menunggu urusan selesai saya melihat jam tangan, aahh belum Subuh lagi. Setelah dokumen siap ditaip, bas menuju ke Bukit Kayu Hitam. Setelah pasport saya dan Zi dicop oleh imigresen, saya bergegas mencari surau di situ. Bekalan air di surau tidak ada, saya pergi berwudhuk di tandas wanita bersebelahan pintu keluar dari sempadan ke negara kita. Oleh kerana masa yang di ambil lebih kurang 25 minit, saya dan Zi telah dimarahi oleh pemandu pertama. Dia juga sebangsa dan seagama dengan saya, mungkin dia menjamakkan solat Subuh kot hehehehe.

6 Dec 2010 Isnin saya berada di negara Thailand, sampai di pintu masuk Imigresen Sadao, kami semua turun dengan membawa bagasi masing-masing. Pemeriksaan lancar dan saya selitkan RM 1 dalam pasport sebagai bayaran elaun lebih masa pegawai imigresen yang bertugas. Bukan rasuah, tapi dah tertera di pondok imegresen supaya diberikan bayaran atau tips hahaha.
Jam 8.30 pagi saya sampai di pekan Hadyai, 7.30 pagi waktu Thailand kerana masanya lewat satu jam dari jam kita. Saya tidak membetulkan jam tangan saya kerana saya sudah setkan minda gostan sejam kebelakang. Kami makan roti canai dan teh dari kedai orang Islam yang ramai berniaga di Hadyai, kebanyakannya orang-orang Islam dari selatan Thailand.
Saya menukarkan RM ke baht, dalam dompet saya ada TB 9480,banyak kan! Kami beli tiket bas ke Bangkok untuk dua orang TB 1728 lebih kurang RM 66 seorang. Bas bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Bangkok jam 8.30 malam, 11 jam perjalanan dengan sekali saja berhenti rehat, itu pun tak sampai 20 minit.Bayangkan masa tu lah nak makan dan solat , saya makan tengahari di restoran yang memang tak halal, kerana tak ada pun ciri-ciri yang menunjukkan peniaga atau pekerjanya yang seagama dengan saya. Kami makan nasi dengan ikan sahaja.
Memang sangat meletihkan, terasa bengkok tulang belakang ketika sampai di Bangkok. Sepanjang perjalanan kelihatan sawah padi yang menghiasi pemandangan, agaknya ni lah beras yang saya masak untuk makan hari-hari. Ada pokok kelapa yang di bawahnya di tanam pokok nanas yang berderet, sungguh cantik mata memandang. Penduduknya berulang alik menggunakan motosikal, tapi tanpa helmet. Bebas dan free hair. Pengutkuasaan penggunaan topi keledar tidak sehebat negara kita.
Sebaik saja turun bas, kami mengambil teksi untuk ke Sukhumvit dan setelah mandi kami turun mencari makanan halal. Jam 11.00 malam, mencari kedai menjual makanan halal memang tidak menjadi masalah kerana ada kedai ala-ala Arab street yang menjual nasi beriani dan kebab.Tapi kami tak minat nak makan pun.Ramai pelancong Arab di situ dan pat pong juga amat ramai, tau apa dia pat pong? Pekerja sex atau pelacur. Penawaran amat tinggi tapi permintaan berkurangan. Bukan semua pelancong Arab dan Eropah ditemani pelacur. Masih ramai yang berteman yang dibawa dari negara sendiri dan berjalan dengan keluarga masing-masing.
Oleh kerana tidak begitu yakin dengan status halalnya makanan di situ, kami memilih masuk ke McDonald, tau apa yang kami makan, Kentang goreng dengan Mc Fish. Jam sudah pukul 2 pagi, teksi masih ada dan beroperasi 24 jam tanpa extra charge. Kami pulang ke hotel dan terus tidur.

7 Dec 2010 Selasa
Setelah breakfast dengan makan roti bun dan minum kopi dan check out kami mengambil train atau MRT serupa macam LRT kat KL ke Lat Prao. Kami terus ke Bangkapi dan masuk ke pasar di Happyland, alhamdulillah banyak kedai makan orang Islam. Aku makan nasi lauk ayam, sayur dan semangkuk sup ekor, Zi makan ikan keli, ayam dan sayur kesemuanya TB100, murah kan cuma RM 10 untuk dua orang makan. Yang paling best peniaga tu cakap Melayu dengan kami. ah bahagianya. Sebelum ni kami disapa dalam bahasa Thai, kami cuma senyum-senyum je.
Lepas makan kami ke The Mall berjumpa dengan kawan lama Zi, setelah bersembang panjang Mr.Anthony membawa kami ke Vabouir Lodge jam 3.00 petang, di situlah kami bermalam. Hotel yang cantik bertaraf empat bintang cuma TB600 semalam, RM60 sahaja. Kami berehat melepaskan penat.Malamnya selepas menunaikan solat Magrib yang saya jamakkan dengan Isyak,Mr.Anthony belanja kami dinner, saya cuma pesan spagheti sea food manakala dia orang berdua makan nasi goreng sea food. Setelah puas bersembang kami tidur jam 12 malam.

8 Dec 2010 Rabu
Solat Subuh jam 4.20 pagi waktu Thai, lepas solat saya rasa saya perlu sambung tidur dan bangun jam 10.00 pagi. Kami dikunjungi oleh kawan lama Zi ,Aton dan Mr.Viton, seronok bersembang, mereka berdua rakyat Thai dan menetap di Bangkok, kami menggunakan Bahasa Inggeris dan sesekali Zi bercakap dalam bahasa Thai, tak heran lah sebab Zi pernah duduk di Bangkok bertahun-tahun sebelum balik ke Malaysia. Setelah mandi dan bersiap kami check-out dan mencari sarapan merangkap makan tengahari, oleh kerana hotel dengan kedai yang kami makan semalam tidak jauh, kami makan di situ juga lah. Hotel yang kami duduk dekat dengan Masjid Ridwanool Islam di Bangkapi. Lepas makan,kami naik train ke Chatucak Park, di situ lah pusat membeli belah, anda boleh membeli apa saja yang bekenan di hati untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan ole-ole buat kawan-kawan.
Dari sana kami ke Stesen Phua Lampong, setelah solat jamak Zohor dengan Asar kami naik keretapi Special Express jam 2.45 petang ke Hadyai dengan kos TB1720 yang ada tempat tidur. Kami tiba di Hadyai jam 8.30 pagi lebih kurang 16 jam perjalanan, satu perjalanan yang panjang yang belum pernah saya tempuhi.

9 Dec 2010 Khamis
Saya berada di Hadyai semula. Kami memilih untuk terus balik ke Malaysia memandangkan Zi ada meeting keesokkan hari di KL. Kami naik bas yang sama dan jumpa pemandu yang sama tapi dia tak perasan kami, bas bertolak jam 9.00 pagi dan sampai di Klang jam 8.00 malam. Balik ke rumah dan tidur dengan lena sehingga terlepas nak pergi menghantar anak sedara saya akad nikah di Sg.Tawar, Sabak Bernam jam 9.00 pagi Jumaat 10 Dec, kerana lepas Subuh saya sambung tidur semula dan hand fon pulak sedang cas di luar bilik so segala call tak berjawab. Tu je yang saya nak kongsikan dengan anda, Jun 2011 kami akan ke Guangzhou pula.

Friday, November 19, 2010

Akhlak manusia di akhir zaman

Salam semua,
Islam ibarat dagang, macam terpinggir dan tak disayang. Semua pakat menjauhkan diri dan tak mahu kembali berada dalam wadah yang mulia ini. Kenapa jadi begitu ye? Agaknya semua manusia akhir zaman sibuk memunggah dan mengangkut harta dunia, nak bawa kemana? Kalau sat lagi kita dipanggil Tuhan, boleh ke harta tu masuk bersama kita dalam kubur?
Itulah yang bermain di minda saya, zaman kebendaan dan jenama. Semua mahu kereta besar yang berjenama hebat, rumah besar dan pakaian yang ber"brand". Kalau pakai Saga brand atau produa brand, rasa kerdil sangat ke? Kalau tinggal di flat pun rasa kecik je ke? Beli baju pasar malam, rasa malu nak keluar ke?
Semua itu bukan keutamaan untuk DIA memandang kita. DIA melihat hati dan amalan kita. Ikhlas beribadah dan jaga silaturrahim. Renung2kan lah.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Salam pada semua rakan blog,
Dah lama saya tak menjengah masuk ke blog sendiri, alkisahnya saya sangkakan password dan email address menggunakan gmail yang dah saya terminated hampir setahun yang lalu. Tiba-tiba malam tadi cik abang saya telah mengingatkan saya bahawa sebenarnya saya menggunakan yahoo. Ohhhh...terlupa betulll. Belum tua lagi tapi dah lupa. So...pagi ni saya try masuk, alhamdulillah memang betul, saya menggunakan yahoo. Alhamdulillah. Thanx cik abang sayang.
Apa cerita Raya Qurban tahun ni? Ada antara sahabat yang telah berkorban tentunya, samada seekor atau sebahagian haiwan sembelihan. Syukur...itu tanda kita menghargai nikmat kesenangan dan murah rezeki yang diberi oleh Allah kepada kita. Sana sini banyak daging diterima, sampai tak termakan dan disimpan dalam freezer. Terfikir di benak saya, macam rezeki harimau pulak, time dapat makan melimpah ruah, time tak ada apa-apa, mencari-cari dan membeli di sana sini. Apa kata kita masak dan tinkan saja dan hantar ke rumah kebajikan. Boleh tahan hingga musim korban tahun depan. Malaysia tak kurang dengan kilang pengeluar makanan dalam tin, kenapa tak buat MOU saja. Kementerian yang terlibat tolong fikirkan.
Semoga manfaatnya boleh digunakan berpanjangan. Ok Selamat Hari Raya semua.