Tuesday, May 24, 2011

Jihad akhir zaman

Salam para readers semua. Lama betul saya tak tulis apa2 kat dalam blog ni. Sepanjang sepinya saya menulis dan mengirim post, tapi tidak sepi di dunia luar. Hari-hari bermacam2 kata nista, fitnah, tipu daya dan muslihat yang tersaji. Ambil tahu atau buat2 tak tahu sama saja keadaannya, hati tetap sakit, jiwa tetap terasa pedihnya, kerana kehormatan manusia sudah ditelanjangi, diletakkan di tapak kaki. Sikap menghormati, memuliakan dan menjaga aib saudara seagama dah pupus. Masing2 macam enau dalam belukar, sape paling tinggi dialah yang lebih dapat cahaya mentari. Saban hari aib orang didedahkan, bukti yang tulen atau direka2 muncul dengan segera, bagaikan jin lampu aladdin yang sedia menjelma bila diminta oleh tuannya. Kenapa hati kita semakin gersang, kasar dan keras? Apakah kerana dah banyak minuman haram yang memenuhi hati kita. Setiap orang ada salah dan silapnya, kenapa tergamak kita menuduh dan merekacipta tuduhan yang tak berasas? Adakah nanti di saat kita mati, bayangan itu tidak menghantui? Adakah di dalam kubur kita rasa lapang dan tenang? Apakah syurga melambai2 kita? Ohhh...takutnya, apabila saat ajal mula berada dihujung tenggorok, sempatkah maaf dipinta? Sempatkah kita membersihkan nama si anu yang dah kita fitnah dan kata itu? Aduhai malangnya badan, nafsu tuan kamu yang rakus, hati tuan kamu yang jahat semasa hayatnya, badan yang menanggung sengsaranya dihimpit tanah kubur yang sempit. Tak sedarkah...yang kita kata itu adalah saudara seagama kita? Sampainya hati kita menuduh dan memalukan dirinya, tak kasihankah melihat keluarganya juga turut terhiris hati mereka. Kita yang bukan ada pertalian darah ni pun terasa sakitnya bila saudara kita difitnah, apatah lagilah diri yang merasa. Kuat sungguh hati saudara kita itu, tabah sungguh dia. Wajarnya dia menjadi pemimpin kita. Allah memberikan kekuatan yang luarbiasa padanya. Cuba kita diuji sedemikian rupa, mungkin dah lama kita mati bunuh diri. Pesan saya, jangan lah kerana tamakkan harta, pangkat dan kedudukan yang sementara di dunia, kita jadi lupa norma hidup seorang Islam. insaflah, tidak terlambat.