tidak ada nilai murni
dan pendidikan moral
yang ada hanyalah fitnah dan kata nista
tuduhan tanpa asas dan coretan sesedap rasa
hiburan dan artis seksi gila
jenayah yang direka-reka
politik yang diada-ada
semuanya tipu daya
dari lidah syaitan yang tak nampak nyata
tapi diamalkan oleh sang durjana yang gelap mata hatinya.
Saman difailkan silih berganti
jika menang menjadi syaitan
jika kalah semakin laparkan darah
mengikut tanpa pertimbangan
jauh sekali menggunakan akal yang waras
demi menjaga kedudukan sang durjana.
Memang itulah sikap Firaun
memang itulah sikap Namrud
memang itulah sikap Abu Jahal
yang akan memperkudakan
sesiapa yang mengikut telunjuknya.
Semua itu bukan asing
telah jelas dinukilkan
oleh susunan hadis dan Al-Quran
bahawa akan datang satu zaman
yang berdusta akan jadi ikutan
yang jujur dipinggirkan di hujung jalan.