Saturday, December 29, 2012

Friday, January 13, 2012

NASKHAH USANG

Memang sudah usang dan terlalu lama
tidak ada nilai murni
dan pendidikan moral
yang ada hanyalah fitnah dan kata nista
tuduhan tanpa asas dan coretan sesedap rasa
hiburan dan artis seksi gila
jenayah yang direka-reka
politik yang diada-ada
semuanya tipu daya
dari lidah syaitan yang tak nampak nyata
tapi diamalkan oleh sang durjana yang gelap mata hatinya.

Saman difailkan silih berganti
jika menang menjadi syaitan
jika kalah semakin laparkan darah
mengikut tanpa pertimbangan
jauh sekali menggunakan akal yang waras
demi menjaga kedudukan sang durjana.

Memang itulah sikap Firaun
memang itulah sikap Namrud
memang itulah sikap Abu Jahal
yang akan memperkudakan
sesiapa yang mengikut telunjuknya.

Semua itu bukan asing
telah jelas dinukilkan
oleh susunan hadis dan Al-Quran
bahawa akan datang satu zaman
yang berdusta akan jadi ikutan
yang jujur dipinggirkan di hujung jalan.


Wednesday, January 11, 2012

MERAK

Tersebut kisah dalam belantara sana
seekor merak tua yang dah tanggal bulunya
namun masih merasa segak bergaya
bercita-cita menjadi raja.
Mengumpul pengikutnya
yang tak seramai mana
namun mereka mengagungkannya
sedangkan seisi rimba memandangnya tanpa harga.


SINGA

Adakah dia raja di rimba
yang mendabik dada mengaku berkuasa
sehingga semua binatang lain mengangguk
tanpa bantahan
atau benci tapi simpan dalam hati.

Takut sumber makanan disekat
takut hidup susah miskin melarat.

Adakah dia raja di rimba
membunuh ikut suka
membantai mangsa berbagai cara
hatta pelanduk kecil dijadikan mangsa.

Adakah dia raja di rimba
hidup ikut suka
bagai seluruh rimba ini
hak milik dia.
Tapi singa jangan lupa
jerat menanti menangkap anda.

MENTARI

Semalam mentari bersinar cerah
menaburkan cahaya di pelusuk bumi
semua hidupan merasa bahagia
pepohon terus hidup dan berbuah
rumput hijau terus tumbuh menutup bumi
menjadi santapan haiwan gembala
semua gembira dan hidup berjalan seperti biasa.

Sesekali awan menutup sirnanya
tapi bila mendung berarak
mentari cerah semula
Mentari tidak goyah
terus bercahaya menyuluh bumi.

Hinggalah satu hari yang mendung hitam pekat
melenyapkan hampir seluruh cahayanya
tapi mentari tetap besar jiwanya
tabah sabar di balik gelap pekat alam
dan akhirnya mentari kembali menyala.

Nyalanya makin panas
menggigit kulit
awan, gerimis silih berganti menghalang sinarnya
namun mentari tetap gagah
tetap tak akan menyerah kalah
dan akan menunggu sehingga semua yang menghalangnya rebah.

Saturday, January 7, 2012

PENDIDIKAN ZAMAN RASULULLAH. WAJARKAH DUGUNAPAKAI HARI INI?

Sesungguhnya agama Islam dan pendidikannya tidak akan lapuk sepnjang zaman, walaupun kecanggihan pelbagai teknologi namun pendidikan yang diamalkan di zaman Nabi Muhammad adalah yang terbaik digunapakai hari ini. Kita tidak perlu takut dipandang kolot atau meninjau zaman kuno kerana mengaplikasikan pendidikan yang diajar oleh junjngan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Mari kita fikirkan kewajaran kita menggunakan pendidikan Rasulullah, berikut digariskan beberapa ciri yang boleh kita cair-cairkan otak:

1. Pendidikan zaman Rasulullah berfokus kepada 3 perkara asas iaitu akidah, akhlak dan syariah.
2. Semasa di Mekah, pendidikan lebih tertumpu kepada soal akidah dan akhlak.
3. Proses pendidikan formal banyak berlaku di masjid (di negara kita dah ok sangat-sangat sebab pusat pendidikan dah banyak)
4. Para sahabat turut dihantar sebagai daie di lain-lain kawasan yang baru menerima Islam.
5. Meningkatkan penyatuan ummah, hal berkaitan ibadah dipertingkatkan(ni kita perlu buat)
6.Pendidikan akhlak semakin diperdalam, Rasulullah sebagai pemimpin sentiasa menunjukkan teladan yang baik melalui sikap perbuatan dan tutur bicara.
7. Pendidiakn untuk kaum wanita amat diberi perhatian, wanita Islam diajar aspek-aspek agama dalam menjalani cabaran hidup di dunia.

Di negara kita macam baru menerima Islam je kan, so kenalah kita mengaktifkan semula pendidikan zaman Rasulullah supaya ada sebahagian dari kita tidak tergolong dalam kelompok jahiliyyah.

Friday, January 6, 2012

SABAR ITU SENJATA PALING AMPUH

Sabar satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sangat payah untuk dipraktikkan. Hanya jiwa yang dekat dengan Allah jua yang mampu bersabar dengan sebenar-benarnya. Hati yang lunak dan berjiwa kehambaan serta menyakini Allah ada bersamanya, saja yang mampu sekuat itu sabarnya. Lihat semula bagaimana kentalnya jiwa Bilal bin Rabah sahabat Nabi dan juru azan baginda yang disiksa dengan azab perit diseret di panas padang pasir dan ditindih dadanya dengan bongkahan batu yang besar, sedang mulutnya tidak putus-putus menyebut keesaan Allah. Akhirnya Bilal dimerdekakan oleh khalifah dan menjalankan kehidupan sebagai manusia biasa. Adakah kita sesabar Bilal?
6 bulan saya tak menjengah blog ini, bukan kerana sibuk keterlaluan, tapi kadang-kadang tak ada kesempatan. Hingga diingatkan oleh sidia, baru lah saya kembali menziarahi blog yang lama saya lupakan. Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Saya terpanggil untuk menulis tentang hakikat sabar yang dihadapi oleh saudara kita ini. Bermacam tohmah, fitnah, umpat keji, caci maki dihamburkan kepadanya, dia tetap tenang dan bersemangat menempuhi semua ujian. Saya tak mampu rasanya, tapi dia sangat tabah dan pahala untuknya sudah pasti sangat besar. Kepada pengumpat, pemfitnah dan musuh-musuhnya, pahala anda semua dah susut nilai, banyak dah anda berikan pada saudara kita itu. Tak rugikah anda? Andai suatu masa nanti anda berdepan dengannya sebagai ketua atau pemimpin anda, mana kah anda nak letakkan muka? Itu pun kalau anda punya rasa malu. Kalau tidak, saya pun tak ada jawapan untuk anda.
Musuh-musuh saudara kita itu akan lemah akhirnya apabila makin dibenci manusia ini makin ramai rakyat Malaysia menyayangi dia. Semoga Allah memberikan kesabaran pada dia dan kita semua dalam menghadapi perancangan jahat sesiapa jua. Manusia merancang dan Allah jua merancang, perancangan Allah lah yang sebaik-baik rancangan. Selamatkan kami semua wahai Allah. Peliharalah insan yang berhati mulia dan sentiasa mengharapkan rahmatMu walau di mana saja berada.