Monday, March 14, 2011

Suku Tahun 2011

Salam semua,
Pejam celik tidor bangun dah hampir 3 bulan masa berlalu. Cepatnya masa berlalu, tak terasa usia pun makin bertambah angkanya. Tak lama lagi tahun 2012 pun menjelang tiba. Bila bercakap pasal tahun 2012 ni, bukan main hebat lagi peramal2 barat mengatakan kiamat akan berlaku tahun depan. Pernah saya terbaca satu artikel mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 1994, tapi bila tak berlaku juga, mereka kata tergesa-gesa bagi ramalan dan menetapkan Oktober 2012 pula tarikh kiamat. Kenapa tak sabar2 mereka menunggu saat kiamat menjelma. Mereka teruja sangat ke nak melihat kemusnahan alam ni? Atau mereka dah siapkan tempat berlindung bila tiba saat malapetaka besar itu terjadi. Sedangkan mereka dah pastinya tahu bahawa tidak ada satu daerah pun yang terselamat bila kiamat berlaku. Tambah best bila mereka membuat satu makmal simpanan biji benih di kutub utara, kelak nanti selepas kiamat biji benih tersebut boleh dijadikan tanaman. Hahahaha kata cerdik, tapi tak lah cerdik sangat. SEmua tu urusan Allah, Dia Yang maha Tahu, siapa lah kita untuk meramal dan menduga saat kiamat menjelma. yang penting buat persediaan setiap masa. Betul kan?

Because You Loved Me

http://www.youtube.com/watch?v=Bz4uaS2QCNY