Tuesday, June 30, 2009

WASIAT LUQMANUL HAKIM PADA ANAKNYA

"Wahai anakku! jadikanlah taqwa kepada Allah satu perniagaan pasti akan datang keuntungan tanpa perlu menjual barang."

"Wahai anakku! Juallah dunia engkau dengan membeli akhirat, pasti kau akan beruntung keduanya sekali."

"Wahai anakku! Jangan lah kau tangguhkan taubat kerana mati itu datang tiba-tiba."

"Wahai anakku! Jangan lah engkau menjadi benda yang manis, kau akan ditelan orang dan jangan pula menjadi benda yang pahit maka kau akan dimuntahkan orang."

Monday, June 29, 2009

Semua manusia ada masa depan

Semalam tak sempat nak up date blog, hari Ahad selepas cuti sekolah berakhir pun masih ada lagi jemputan kenduri kahwin.Dalam perjalanan saya ke Merlimau, sempat berbual dengan keluarga yang baru balik dari melawat anaknya di Sekolah Henry Gurney. Kebetulan hari terbuka dan dijemput keluarga datang meraikannya.
Setelah agak lama juga bersembang dan dah dengar banyak rungutannya, kesian ada juga rasanya.
"Dah lah anak saya tu nakal, janganlah dipandang tak ada masa depan"
"Entah2 keluar nanti anak saya lebih besar lagi pangkatnya dari orang yang bertugas kat dalam tu"
"Berlagak...depan mak bapak je tunjuk baik, belakang kita dia kuat sangat lah tu"
Saya pun menutup dan merumus berbasa basi "Sabarlah kak, apa yang dah ditakdirkan berlaku adalah ketentuan Tuhan"
"Saya ni nak mintak diri dulu la..jumpa lagi"

Saturday, June 27, 2009

Jalan-jalan lihat orang

Trafic kurang lancar di Kepong dan Jinjang dalam minggu ni, kena lak cuaca panas, berderet nak sampai lampu hijau, aduhai lah...Dah la selsema, tambah sakit kepala.
Pagi ni ok, jam 7 di Jln.Kuching ok, jalan raya clear.Ramai orang cuti hari ni, tapi budak-budak sekolah bangun macam biasa, hari ni sekolah ganti cuti hari raya. lain benar rasanya pakai uniform hari Sabtu, orang lain sedap tido. Hantar anak ke SMK (P) Jln.Ipoh dan terus ke Selayang hantar lagi sorang.
Depan pasar borong Selayang tak usah nak cerita lah, angin satu badan...time tu pulak lah pekerja nak turap jalan. Jemu tengok orang keluar masuk pasar, tengok orang kerja tar jalan lah pulak...

H1N1

Saya ni selsema dah 2 hari, sakit kepala mata pun berair. Jumaat kawan call dari KLIA dia datang dari Alor Setar, dah setahun lebih tak jumpa.Sebaik sampai di airport dia call ajak jumpa, biasa la member kamcing, tentu banyak story. Saya janji nak jumpa Sabtu, lepas dia setelkan urusan dia. Masa tu selsema tengah lebat, so sengau ler sikit.
"Tak kan aku call je bleh sampai virus H1N1"
"Cilakak lu....aku selsema biasa ler..."
"He...he...."
Tak jadi lah jumpa, kesian saya. Sebenarnmya tak nak bagi dia bawa balik selsema ke Kedah.he...he...

Michael Jakson (Mikaael)

Rasa baru je beliau menyanyi, tak sangka dah 52 tahun umurnya. Rasa macam muda lagi. Tapi kesiannya beliau ni tak bersyukur dengan nikmat yang Tuhan dah bagi, rupa paras dan warna kulit tu kan dah ditentukan kenapa dia tak terima warna asal dia ye? Hitam kan macho...
Ada orang sengaja hitamkan kulit, sanggup berjemur tepi pantai nak bagi gelap sikit, entahlah dunia ni, macam2 kerenah manusia.
Kita bersyukur lah dengan apa yang kita dapat, tentu ada kelebihan semua kejadian Tuhan tu, tak yah ubah2.