Monday, June 29, 2009

Semua manusia ada masa depan

Semalam tak sempat nak up date blog, hari Ahad selepas cuti sekolah berakhir pun masih ada lagi jemputan kenduri kahwin.Dalam perjalanan saya ke Merlimau, sempat berbual dengan keluarga yang baru balik dari melawat anaknya di Sekolah Henry Gurney. Kebetulan hari terbuka dan dijemput keluarga datang meraikannya.
Setelah agak lama juga bersembang dan dah dengar banyak rungutannya, kesian ada juga rasanya.
"Dah lah anak saya tu nakal, janganlah dipandang tak ada masa depan"
"Entah2 keluar nanti anak saya lebih besar lagi pangkatnya dari orang yang bertugas kat dalam tu"
"Berlagak...depan mak bapak je tunjuk baik, belakang kita dia kuat sangat lah tu"
Saya pun menutup dan merumus berbasa basi "Sabarlah kak, apa yang dah ditakdirkan berlaku adalah ketentuan Tuhan"
"Saya ni nak mintak diri dulu la..jumpa lagi"

No comments:

Post a Comment