Sunday, October 11, 2009

Salam 1 Malaysia

Produk Ajaib Penawar Sengsara

Kepada semua para blogger yang dirahmati. Saya ingin berkongsi berita baik bersama anda semua. Memberikan penawar kencing manis kepada rakan atau ahli keluarga kita. Melihat mereka sembuh dan kembali ceria, menjadikan rakyat Malaysia hidup sihat. Inilah amal baik kita, bukan kita yang menyembuhkan, ini semua kehendak DIA, semoga usaha kita dikira sebagai ibadah dan dianugerahkan pahala olehNya.
Anda semua dah lihat kan? Produk dalam kotak biru dalam blog cun ni. Kalau nak tanya lebih lanjut, contact la number yang ada kat situ. Insyaallah anda akan dilayan dengan baik, tadak sombong punyaaa.
Okay semua, salam ukhuwwah buat semua.

Saturday, October 3, 2009

PENAWAR KENCING MANIS

penawar kencing manis

BERITA BAIK!!!..


UNTUK RAKAN YANG MENGIDAP KENCING MANIS

PENAWAR DERITA YANG ANDA CARI KINI BERADA DI PASARAN

JCARE – IN

&

JCARE – SU

MENGEMBALIKAN SEMULA KECERIAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP

Hubungi :

0163197705-Mr.James T

0123841459- Pn.Siti

Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya buat semua. Tahun ini kita dapat beraya bersama, tahun depan belum tentu lagi. Sebulan kita berpuasa, apa kata Syawal ni kita puasa lagi 6 hari, membaiki mana2 puasa Ramadan yg lepas kalau ada cacat cela di bahagian mana2. Jom puasa 6.
Kita boleh, cuma ndak atau takkkk itu jer... kn ...kn...

Saturday, August 29, 2009

SOLAT TARAWIH

Bila berada dalam bulan Ramadan ni, setiap amal kebajikan diberikan pahala berganda, terpulang pada diri samada nak rebut atau biarkan Ramadan begitu2 jer. Siang berpuasa, malam boleh berterawih di masjid atau surau atau di rumah maupun di tempat kerja bagi sahabat2 kita yang bertugas malam.
Sebut pasal solat tarawih ni, tempat solat yang paling baik bagi seorang wanita / perempuan adalah didalam rumahnya (dalam biliknya) tak perlu lah ke masjid dengan serba macam kerenah anak2. Bagi ibu2 muda yang beranak kecil, yang belum mumaiyyiz tu, elok la solat di rumah jer. Bila bawa anak2 ke masjid, dengan bising dan jerit tangisnya, tak ganggu jemaah lain ker? nak kejar pahala, takut dapat yang lain jer...
Memang la mendidik anak dari kecil, tapi biarlah anak2 tu dah cerdik sikit, bukannya yang masih kecil tu.
Lagi satu....kenapa ibu2 suka selitkan anak mereka dalam satu saf sama dengan wanita dewasa? Biarkan anak2 tu solat di saf belakang bersama kanak2 lain, tak perlu lah nak letak kat tepi ketiak jer. Kan semua dah tau...saf utama adalah saf lelaki dewasa, di belakangnya saf kanak2 lelaki, di belakangnya pula saf wanita, kemudian baru lah ada saf kanak2 perempuan di belakangnya. Ishh...lupa ker? Kan dh belajar kat sekolah dulu. tak ingat ker? Jom kita belajar semula nak? Ilmu kalau tak sering diulang, akan lupa. So, jangan marah ye...teguran saya ni.

Monday, August 24, 2009

AHLAN WASAHLAN RAMADAN

Alhamdulillah, ada lagi usia kita pada Ramadan kali ini. Rebutlah peluang dan kesempatan untuk mengumpulkan sebanyak2 amal soleh sedaya mungkin.Siang berpuasa menahan lapar dahaga dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang langsung tak berfaedah.Jauhilah umpat keji, caci maki dan kata nista. Berkatalah yang baik2, hindarilah berbual kosong yang tak memberi faedah.
Bagi kaum Hawa, setiap pagi kita kan bangun lebih awal dari penghuni rumah, apa kata kita mulakan dengan solat sunat tahajjud di dinihari yang sepi, menadah tangan memohon maghfirah dan pertolongan ALLAH, insyaallah jika tiap2 pagi kita amalkan, akan jadi biasa bagi kita, tak rugi kan... Pada para Adam pula, jangan lah lepaskan peluang ni...anda semua lagi lah relak, bangun jer hidangan sahur dah tersaji di meja. Apa kata kita solat dulu, jom bang...

Saturday, August 15, 2009

Sakitnya telinga

Nak kongsi cerita sikit ni, tadi masa nak balik ke rumah di Beringin, terserempak dengan 5 atau 6 orang kanak2 yang umurnya dalam lingkungan 11, 12 dan mungkin 13 tahun dalam lif, semua mereka lelaki.Agaknya baru balik dari main bola atau baru nak keluar berbasikal.
Riuh rendah masing2 bercerita, aku dan sorang mak cik tu hanya jadi pendengar je.
"****mak kau, kata tak ada basikal, tu yang kau bawa tu sapa punya" jerit seorang daripada budak lelaki tu.
"***** la kau, tu jiran aku punya" Jawab budak yang kena tanya tu.
Alahai bahasanya, kemana pergi adab dan sopan anak2 kita, mak cik kat sebelah aku tu kerut2 kan dahi bila dengar bahasa budak2 tu. Taku nak tegur, badan mereka tu besar2 belaka.
Aku pusing belakang, nak tengok muka siapa yang berbahasa seteruk itu, aku kenal budak tu, mak bapak dia tak ajar ke? Entah ler..mak bapak mana tahu anak2 berperangai di luar. Orang lain lah yang menegur anak kita, sebab anak2 ni depan mak bapak, baik sungguh. Kan...kan...

Friday, August 14, 2009

Fitnah

Salam buat semua.
Fitnah itu lebih dahsyat dari mata pedang, daripada menaburkan fitnah lebih baik dibunuh saja, begitulah aibnya kesan fitnah jika menimpa seseorang. Bukan saja malu sepanjng hayat malah tempiasnya terpalit juga kepada keturunan. Jangan aniaya orang, nanti tak larat menanggung balasannya dalam kubur. Kalau ada katakan ada, kalau tidak ada jangan mengada-ngadakan cerita. Mati bila-bila jer...hari ni elok ketawa, esok lusa dah tak ada.
Memang petanda kiamat, fitnah merata-rata melanda manusia. Apabila sampai perkhabaran, siasat lah betul salahnya, jangan terus percaya, jauhkan pula untuk menyebarkannya, kalau tak betul apa yang disebarkan tu...tak ke terlibat dengan dosa.Nanti mati tak sempat mintak maaf.
Seksa dalam kubur, dah kuat sangat ker...

Saturday, August 8, 2009

NAMA - NAMA BAIK

Menyedari perlunya nama-nama baik untuk anak-anak, sejak dalam perut lagi saya dah stanby kan nama yang indah makna dan pengertiannya. Alhamdulillah DIA kurniakan pada saya 5 orang cahayamata yang baik-baik dan cantik-cantik belaka. (Ikut mak bapak dia ler tu...) Anak sulung saya namakan ALYAA iaitu ketinggian, orangnya comel, tingginya tak lah setinggi namanya, saya impikan ketinggian ilmu dunia akhirat pada anak sulung saya ni, tinggi budi bahasa dan adab sopannya. Alhamdulillah.
Anak kedua saya namakan UWAIS, seorang sahabat nabi yang terkenal di langit tapi tak terkenal di bumi. Anak yang taat dan menghormati ibu bapanya. Alhamdulillah, anak saya membesar sebagai seorang yang penyayang terhadap adik beradik dan ibu bapanya.

Yang ke tiga saya tak berikan nama, tapi semasa suami ke Mekah seorang alim Arab telah berpesan agar mnamakan NURUL WAHIDAH jika saya melahirkan anak perempuan, walaupun nama pilihan saya ialah AMILIN tapi saya berikan penghormatan kepada ayahnya untuk memberikan nama pada anak ke tiga kami.
Yang ke 4 plak saya nama kan UZAIR, nama Nabi dan saya ingin sangat dia berperangai seperti seorang nabi, yang terpimpin dan terpelihara iman dan adab, sekarang dah 13 tahun umurnya, alhamdulullah pembentukan ke arah itu sedang berlangsung.
Yang bungsu AWATIF namanya yang bermaksud kasih sayang, memang pun dia seorang yang sangat penyayang.Kucing kesayangannya tommy panjat tingkap pun dia menangis, takut jatuh ke bawah.

Tuesday, August 4, 2009

Doa Nisfu Syaaban

Dibaca selepas waktu Maghrib selepas bacaan Yasin 3 kali, malam 15 Syaaban

Erti Doa Nisfu Syaaban:
Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai. Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan. Wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian. Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan.
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan. Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu Sebagai penjahat lagi terkutuk, Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu. Dengan segala kebajikan yang ada pada MuYa Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi .Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan.

Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku. Ya Allah tetapkanlah dalam suratan MuSebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki .Menerima aneka kurnia dan kebajikan.

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah. Titahmu adalah Hak dan Benar. Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan . Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus . Yang bermaksud Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu. DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir.

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung. Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini. Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara. Hindarkanlah dariku segala petaka. Yang aku ketahuinya ataupun tidak. Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya.

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih. Dari sekalian Yang Mengasihani. Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallamSerta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya. Amin

Monday, August 3, 2009

Berdoalah, DIA akan memperkenankan doamu

Siapa lagi sebaik-baik pelindung kita? Adakah mengupah pengawal keselamatan di pagar depan rumah membantutkan niat penyamun masuk ke rumah kita? Apakah jeriji kuat dan padu bisa menyelamatkan nyawa kita sekeluarga? Apakah laungan alarm, memastikan kita selamat? Semua itu hanyalah alat, yang Maha berkuasa menyelamatkan kita adalah DIA, yang ramai manusia lupa.
Berdoalah padaNYA, mohonlah apa saja, doa kita pasti didengar dan diterima, cuma lambat atau cepat tak tau bila. Bersihkanlah diri, hati dan jiwa, tunduk rukuk dan sujudlah padaNYA, hanya DIA lah TUHAN kita. Cukupkah sehari 5 kali kita menyerahkan diri padaNYA, atau 4 saja, atau 3, atau 2 atau tak pernah langsung. Selangkah kita ingat padaNYA, beberapa langkah DIA lebih dekat pada kita. Kan...kan...

Wednesday, July 1, 2009

Selamat datang REJAB

Bulan Rejab datang kembali, bulan yang penuh dengan keampunan dan rahmat Illahi. Banyakkan lah berbuat kebaikan dan laratkan lah diri berpuasa sunat, bukan hanya dapat pahala, badan pun sihat...berat badan pun susut sikit. Habis Rejab muncul Syaaban dan menjelmalah Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam (mengikut persepsi masing-masing) Bagi yang ter over weight, ni lah time diet, bagi hamba yang soleh Ramadhan lah yang dirindui. Kita lak mana satu?....he...he...

Tuesday, June 30, 2009

WASIAT LUQMANUL HAKIM PADA ANAKNYA

"Wahai anakku! jadikanlah taqwa kepada Allah satu perniagaan pasti akan datang keuntungan tanpa perlu menjual barang."

"Wahai anakku! Juallah dunia engkau dengan membeli akhirat, pasti kau akan beruntung keduanya sekali."

"Wahai anakku! Jangan lah kau tangguhkan taubat kerana mati itu datang tiba-tiba."

"Wahai anakku! Jangan lah engkau menjadi benda yang manis, kau akan ditelan orang dan jangan pula menjadi benda yang pahit maka kau akan dimuntahkan orang."

Monday, June 29, 2009

Semua manusia ada masa depan

Semalam tak sempat nak up date blog, hari Ahad selepas cuti sekolah berakhir pun masih ada lagi jemputan kenduri kahwin.Dalam perjalanan saya ke Merlimau, sempat berbual dengan keluarga yang baru balik dari melawat anaknya di Sekolah Henry Gurney. Kebetulan hari terbuka dan dijemput keluarga datang meraikannya.
Setelah agak lama juga bersembang dan dah dengar banyak rungutannya, kesian ada juga rasanya.
"Dah lah anak saya tu nakal, janganlah dipandang tak ada masa depan"
"Entah2 keluar nanti anak saya lebih besar lagi pangkatnya dari orang yang bertugas kat dalam tu"
"Berlagak...depan mak bapak je tunjuk baik, belakang kita dia kuat sangat lah tu"
Saya pun menutup dan merumus berbasa basi "Sabarlah kak, apa yang dah ditakdirkan berlaku adalah ketentuan Tuhan"
"Saya ni nak mintak diri dulu la..jumpa lagi"

Saturday, June 27, 2009

Jalan-jalan lihat orang

Trafic kurang lancar di Kepong dan Jinjang dalam minggu ni, kena lak cuaca panas, berderet nak sampai lampu hijau, aduhai lah...Dah la selsema, tambah sakit kepala.
Pagi ni ok, jam 7 di Jln.Kuching ok, jalan raya clear.Ramai orang cuti hari ni, tapi budak-budak sekolah bangun macam biasa, hari ni sekolah ganti cuti hari raya. lain benar rasanya pakai uniform hari Sabtu, orang lain sedap tido. Hantar anak ke SMK (P) Jln.Ipoh dan terus ke Selayang hantar lagi sorang.
Depan pasar borong Selayang tak usah nak cerita lah, angin satu badan...time tu pulak lah pekerja nak turap jalan. Jemu tengok orang keluar masuk pasar, tengok orang kerja tar jalan lah pulak...

H1N1

Saya ni selsema dah 2 hari, sakit kepala mata pun berair. Jumaat kawan call dari KLIA dia datang dari Alor Setar, dah setahun lebih tak jumpa.Sebaik sampai di airport dia call ajak jumpa, biasa la member kamcing, tentu banyak story. Saya janji nak jumpa Sabtu, lepas dia setelkan urusan dia. Masa tu selsema tengah lebat, so sengau ler sikit.
"Tak kan aku call je bleh sampai virus H1N1"
"Cilakak lu....aku selsema biasa ler..."
"He...he...."
Tak jadi lah jumpa, kesian saya. Sebenarnmya tak nak bagi dia bawa balik selsema ke Kedah.he...he...

Michael Jakson (Mikaael)

Rasa baru je beliau menyanyi, tak sangka dah 52 tahun umurnya. Rasa macam muda lagi. Tapi kesiannya beliau ni tak bersyukur dengan nikmat yang Tuhan dah bagi, rupa paras dan warna kulit tu kan dah ditentukan kenapa dia tak terima warna asal dia ye? Hitam kan macho...
Ada orang sengaja hitamkan kulit, sanggup berjemur tepi pantai nak bagi gelap sikit, entahlah dunia ni, macam2 kerenah manusia.
Kita bersyukur lah dengan apa yang kita dapat, tentu ada kelebihan semua kejadian Tuhan tu, tak yah ubah2.