Saturday, January 8, 2011

Selamat Tahun Baru

Kepada semua tetamu yang meninjau blog saya yang tak cun ni, saya ucapkan selamat tahun baru 2011. Dari tahun ke tahun kita pun semakain tua, rase-rasenye baru je 20an heeheh. Sedar tak sedar dah 40an dah, hai...makin tua la. Sebut tahun baru maka masing-masing memasang objektik yang hendak dicapai tahun ini. Apa azam tetamu semua? Nak kawin, alhamdulillah. Moga jodoh dipermudahkan olehNya. Nak kumpul wang banyak2? Owh...bagus tu, di saat semua barang keperluan naik harga, kita kurangkan belanja, simpan wang. Kurangkan lauk pauk di atas meja, cukup lah ada ikan atau ayam dan sayur, asalkan seimbang dan berkualiti. Kurangkan makan di luar, satu family 5 orang katalah RM 30 sekali makan, kalau 20 kali? Banyak tu. Itu baru RM30, kalau makan kat tempat yang ekslusif, tak pokai dibuatnya? So, jimat-jimatlah. Wang tu nak bayar petrol, hehehe mahal dah sekarang ni. Bil-bil ready menanti, sewa rumah, wang saku anak-anak adusss...ansuran kereta lagi.
Walaubagaimana pun kita tetap bersyukur dengan rezeki yang ada hari ini. Mudah-mudahan Allah akan tambah lagi. Kerajaan pun kena tambah juga hehehe...boss bila lagi? Orang-orang gomen naik gaji, orang swasta pun nak minta naik juga. Barang keperluan sama harga ma, lain lah kalau ada diskaun untuk orang swasta hahaha.
Awal tahun beli baju sekolah anak-anak, kurang-kurang pun 4 pasang, 2 sekolah agama 2 lagi sekolah biasa. Tu sorang anak, kalau 5? Aduhaiiiii. Yuran dan duit serba serbi di sekolah, terbang gak dua tiga ratus. Tambang bas, sewa bas sekolah? Upah transit anak lagi.
Sabo je lah, lipatgandakan tenaga, bekerjalah mencari wang, seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan gandakan juga amal ibadah dan bayangkan kita akan mati esok hari.