Tuesday, August 4, 2009

Doa Nisfu Syaaban

Dibaca selepas waktu Maghrib selepas bacaan Yasin 3 kali, malam 15 Syaaban

Erti Doa Nisfu Syaaban:
Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai. Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan. Wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian. Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan.
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan. Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu Sebagai penjahat lagi terkutuk, Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu. Dengan segala kebajikan yang ada pada MuYa Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi .Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan.

Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku. Ya Allah tetapkanlah dalam suratan MuSebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki .Menerima aneka kurnia dan kebajikan.

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah. Titahmu adalah Hak dan Benar. Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan . Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus . Yang bermaksud Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu. DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir.

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung. Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini. Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara. Hindarkanlah dariku segala petaka. Yang aku ketahuinya ataupun tidak. Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya.

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih. Dari sekalian Yang Mengasihani. Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallamSerta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya. Amin

No comments:

Post a Comment