6 bulan saya tak menjengah blog ini, bukan kerana sibuk keterlaluan, tapi kadang-kadang tak ada kesempatan. Hingga diingatkan oleh sidia, baru lah saya kembali menziarahi blog yang lama saya lupakan. Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Saya terpanggil untuk menulis tentang hakikat sabar yang dihadapi oleh saudara kita ini. Bermacam tohmah, fitnah, umpat keji, caci maki dihamburkan kepadanya, dia tetap tenang dan bersemangat menempuhi semua ujian. Saya tak mampu rasanya, tapi dia sangat tabah dan pahala untuknya sudah pasti sangat besar. Kepada pengumpat, pemfitnah dan musuh-musuhnya, pahala anda semua dah susut nilai, banyak dah anda berikan pada saudara kita itu. Tak rugikah anda? Andai suatu masa nanti anda berdepan dengannya sebagai ketua atau pemimpin anda, mana kah anda nak letakkan muka? Itu pun kalau anda punya rasa malu. Kalau tidak, saya pun tak ada jawapan untuk anda.
Musuh-musuh saudara kita itu akan lemah akhirnya apabila makin dibenci manusia ini makin ramai rakyat Malaysia menyayangi dia. Semoga Allah memberikan kesabaran pada dia dan kita semua dalam menghadapi perancangan jahat sesiapa jua. Manusia merancang dan Allah jua merancang, perancangan Allah lah yang sebaik-baik rancangan. Selamatkan kami semua wahai Allah. Peliharalah insan yang berhati mulia dan sentiasa mengharapkan rahmatMu walau di mana saja berada.
No comments:
Post a Comment