Friday, January 4, 2013

Jalan-jalan Langkawi


Holiday in Langkawi








Salam,
Lama sudah aku tak menulis apa-apa dlm blog nih, sibuk dihambat tugasan seharian dan menguruskan anak-anak yang sudah semakin besar panjang. Pejam celik dah tua aku nih...hehehe tapi rasa macam muda je. Hati adalah cermin hidup, kalau hati sentiasa positif pastilah tindakan juga positif dan mengandungi nilai murni. Buat apa nak susah hati ye tak? Fikir yang baik-baik je...tanpa syak wasangka pada sesiapa. Terima manusia lain seadanya...tak yah nak korek-korek latarbelakang dia. Ishhhh....apa yang aku melalut nih..
Tahun 2013 dah masuk seminggu, aku curi masa meninjau-ninjau blog aku yang jarang aku jengah nih. Tak ada cerita bagus pun...cuma saje nak lepas kerinduan menulis. Kepada semua aku ucapkan Selamat Tahun Baru, moga tahun ini lebih baik dan berjaya dari tahun sebelum2 nih. Kepada anak-anak ku, selamat maju jaya dan mana-mana yang dah bertemu pilihan hati, mama doakan mendapat jodoh yang baik dan memenuhi ciri-ciri Muslim/ah sejati. Hidup nak kejar apa, agama je yang akan menyelamat dan mendamaikan hati kita. Harta tu cuma syarat nak bergerak je...yang jadikan kita bahagia apabila hati dan amalan kita bersandarkan kehendak agama. Jangan lupa solat, insyaallah pasti selamat.
Kepada TTA abang ku sayang, aku doakan agar tahun ini dirimu bertambah sihat, bertambah ilmu agama dan akan jadi tuan guru mengajar orang lain pulak nanti. Rajin-rajin belajar Quran. Semoga rezekimu akan bertambah dan hidup kita semakin bahagia. Terima kasih kerana menyayangi ku dan anak-anak. I love u so much moga jodoh kita berpanjangan hingga akhir hayat.Gud luck 4 u all. Bye.

Saturday, December 29, 2012

Friday, January 13, 2012

NASKHAH USANG

Memang sudah usang dan terlalu lama
tidak ada nilai murni
dan pendidikan moral
yang ada hanyalah fitnah dan kata nista
tuduhan tanpa asas dan coretan sesedap rasa
hiburan dan artis seksi gila
jenayah yang direka-reka
politik yang diada-ada
semuanya tipu daya
dari lidah syaitan yang tak nampak nyata
tapi diamalkan oleh sang durjana yang gelap mata hatinya.

Saman difailkan silih berganti
jika menang menjadi syaitan
jika kalah semakin laparkan darah
mengikut tanpa pertimbangan
jauh sekali menggunakan akal yang waras
demi menjaga kedudukan sang durjana.

Memang itulah sikap Firaun
memang itulah sikap Namrud
memang itulah sikap Abu Jahal
yang akan memperkudakan
sesiapa yang mengikut telunjuknya.

Semua itu bukan asing
telah jelas dinukilkan
oleh susunan hadis dan Al-Quran
bahawa akan datang satu zaman
yang berdusta akan jadi ikutan
yang jujur dipinggirkan di hujung jalan.


Wednesday, January 11, 2012

MERAK

Tersebut kisah dalam belantara sana
seekor merak tua yang dah tanggal bulunya
namun masih merasa segak bergaya
bercita-cita menjadi raja.
Mengumpul pengikutnya
yang tak seramai mana
namun mereka mengagungkannya
sedangkan seisi rimba memandangnya tanpa harga.


SINGA

Adakah dia raja di rimba
yang mendabik dada mengaku berkuasa
sehingga semua binatang lain mengangguk
tanpa bantahan
atau benci tapi simpan dalam hati.

Takut sumber makanan disekat
takut hidup susah miskin melarat.

Adakah dia raja di rimba
membunuh ikut suka
membantai mangsa berbagai cara
hatta pelanduk kecil dijadikan mangsa.

Adakah dia raja di rimba
hidup ikut suka
bagai seluruh rimba ini
hak milik dia.
Tapi singa jangan lupa
jerat menanti menangkap anda.

MENTARI

Semalam mentari bersinar cerah
menaburkan cahaya di pelusuk bumi
semua hidupan merasa bahagia
pepohon terus hidup dan berbuah
rumput hijau terus tumbuh menutup bumi
menjadi santapan haiwan gembala
semua gembira dan hidup berjalan seperti biasa.

Sesekali awan menutup sirnanya
tapi bila mendung berarak
mentari cerah semula
Mentari tidak goyah
terus bercahaya menyuluh bumi.

Hinggalah satu hari yang mendung hitam pekat
melenyapkan hampir seluruh cahayanya
tapi mentari tetap besar jiwanya
tabah sabar di balik gelap pekat alam
dan akhirnya mentari kembali menyala.

Nyalanya makin panas
menggigit kulit
awan, gerimis silih berganti menghalang sinarnya
namun mentari tetap gagah
tetap tak akan menyerah kalah
dan akan menunggu sehingga semua yang menghalangnya rebah.